BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 18 August 2011

Seronoknyaa...Anak Ibu Blajar Nyanyi!!

Aku suka sangat tgk video ni..al-kisahnya aku baru balik dari Banting ada rombongan beli kepek raya.. bebalik tgk emel dari kak zee pasal video daniel blajar nyanyi.. hehehe... seronok sangat tgk.. kat umah patutla skg dia suka gegoyang badan dgr lagu.. tak sabar nk tunjuk kat laki den.. thnx kak z sbb rakam video nie..

Monday 15 August 2011

Tahajjud Cinta

aku nak citer pasal drama yg skg ni jadi kegemaran aku..Tahajjud Cinta (TC) kat TV3 setiap Jumaat.. tak tau naper, sebelum ni aku bukan la peminat fauziah ghous tu. Cuma aku suka la kat Fazura sbb dia berlakon sangat cheeky dalam 'Pisau Cukur'. Mulanya anak buah aku yg ckp pasal citer TC ni. Aku mulanya tak amik pot sangat. Pastu tetiber aku start tgk episod kedua ke ketiga ntah, aku pun tak perasan. Pastu terus hati aku terpaut. Garapan Erma Fatima ni mmg best. Yela, dia pun mmg terkenal dengan cara pengarahan dia yang sangat berkualiti compare to drama lain yg main tangkap muat jer pembikinannya. Suami aku kekadang cukup marah tgk drama main hentam cromo gtu..
ok, berbalik pada TC tu, citer tu dia nyer suntingan, plot, sumer best. Lelagi TC menjurus pasal isu wanita2 islam yang ditindas oleh pelbagai jenis kategori suami contohnya yang kaki mabuk, yang kawin dua n harta sumer bg isteri no 2, malah juga oleh org yang menggunakan Agama untuk kepentingan dia memanipulasi isterinya... Macam Ustaz Sauki yang ada isteri empat tu, kalo kita tgk pada zahirnya sangatlah baik, warak and ayat2 al-quran n hadis lancar jer meniti di bibir dia tu.. tetapi di sebalik kewarakannya itu, isteri kedua dan ketiga memendam rasa atas ketidakadilan nafkah batin yang mana ustaz tu asyik lebihkan isteri no 4 sahaja.. isteri no 1 mmg ok jer la sbb dia dah tua n tak kisah sangat n ustaz mmg sayangkan dia sbb dah otai. Ustaz tu asyik cari isteri no 4 jer tiap2 malam.. mana adil gitu ye dak?? walaupun diorg sumer tinggal tmpt yang sama tapi sapa sanggup makan hati gitu.. ditambah lagi ngan kehadiran Seri lakonan Fauziah Ghous yg buat bini no 2 jeles tahap gaban sampai sanggup fitnah dia ngan anak ustaz tu... last2 bila tembelang dia dah pecah dia yang kena cerai dulu.. jadi bertambah la peluang ustaz tu nak jadikan Seri tu isteri dia.. huhuhu... n ustaz tu pun tak patut suh bini no 2 dia kuar sebelum edah abis. Yang aku tau (aku yg tk bp nk pandai ni), bila isteri tu kena cerai, dia bleh duduk di umah dia ngan bekas suami dia dalam tempoh eddah.. ntahla, kejam ustaz tu.. kalo btl la apa yg aku tau tu, ustaz tu tak brapa nk btl la tu.. tak suka Eman Manan dalam citer tu as Ustaz tu... (oops, teremosi plak)..
citer tu aku rasa ok, antara drama yang buatkan aku ternanti2 apa jadi episod akan dtgnya.. elok gak wat sekali seminggu, kalo ari2 mmg tak jadi kejer aku asyik melekat depan tv la gamaknya..
Apapun aku nak komen skit pasal tudung Fazura.. dia berlakon sbg Citra, anak kepada Tan Sri kaya. Citra ni smgt nak perjuangkan hak2 isteri yang ditindas termasuk kakak dia sendiri lakonan Tiz Zaqyah. Citra ni bljar sama dgn Seri kat Mesir..
yang aku tak brapa suka ni, kenapa tudung si Fazura tu makin pendek. Mulanya bos dia Norish Karman kata kalo dia nak ikut atau kerja ngan Norish, si Citra ni kena bukak hijab dia sbb takut org ramai tak selesa berurusan dengan dia.. itu aku phmla..mulanya ok jer..tudung dia panjang lagi. Tapi episod Jumaat baru ni bila dia cari Citra kat kg, tudung dia makin pendek plak. Dia pakai tudung mcm ekin mawi slalu pakai tu.. mmgla baju dia tak ketat n dia pakai inner.. tapi mcm tak brapa logik sbb dari hijab terus transform ke tudung pendek gitu.. mungkin Erma bleh suh Fazura pakai tudung labuh skit tanpa hijab.. baru la nampak real skit.. ni pakai tudung pendek gitu nanti melambangkan ketidaktetapan prinsip wanita muslimah di luar sana.. agak kurang syiokk laa.. mcm aku ni mmg tak pakai tudung labuh kalo pakai tudung pendek mungkin org tak kisah tapi kalo pompuan pakai hijab tetiber pakai tudung ekin n tak labuh bawah dada agak pelikla..
sekadar teguran ikhlas.. biorla..aku sesibuk nak kritik. Erma bukan baca pun.. hahahahaaa....
apapun, best citer ekau kak Erma..teruskan.. I likee!! tak sabar nak tunggu episod depan.. jeng3X

MORAL: seorang penonton tak kisah sapa pelakon sebuah drama atau filem. Bila drama atau filem tu mmg berkualiti, byk pgjrn and best, otomatik org akan suka tak kirala sapa pelakonnyaa.... sbb drama tu, aku dah minat lak lakonan Fauziah tu.. hehehe... AKK (ada korang kisah)!! :P

Friday 12 August 2011

Pengemis berlindung di sebalik Kaabah..

Aku rasa sedih and tercabar dengan citer mazidul nie.. cer kiter baca sesama..lagi2 aku ni cepat kesian ngan org gini.. takpela, di dunia dia selamat..di akhirat tak tau lagi.. hanya Allah yang lebih tahu...

-----------------------------------

Besar ganjaran jika kita bersedekah di bulan puasa ni. Namun begitu ikhlaskah sedekah kita jika sebenarnya kita ditipu bulat-bulat. Kelmarin ada pendedahan rakyat Indonesia yang ‘bekerja’ sebagai pemandu orang buta menjual tisu sekitar KL. Gajinya sebulan ialah RM3-4 ribu dan boleh hantar balik ke Indon dan bina banglo di sana.

Kisah yang akan anda baca adalah pembongkaran sebenar oleh Mazidul Akmal Sidek yang memang cukup terkenal dengan rancangan 999 di TV 3.


Ikuti cerita Mazidul menerjah pengemis di Bazar Ramadhan. SELAMAT MEMBACA...


Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga






Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.


Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.




Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan.  Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...


"Kemboja! Kemboja!"


Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.





Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.


Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.





Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.


Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh







Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.


Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar
.




Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.


Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.



Menarik? Pelanduk dua serupa?


Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.


Ya, kejadian pelik.

Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini.


Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.






Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.

















Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van.


Tadaaaaaaaaaa!





Dia kemudian saya  'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.




Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami.





Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.







Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya.


"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.




Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.





Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.


Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?


Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.



Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.




Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.


Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.






Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.



Melihat senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.


Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa selesa.

"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.

Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.

"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.

Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.











Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.



Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja' bulan Ramadhan.

Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.

Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.

Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa


Itu pesan saya.. Adalah lebih baik jika kita sedekahkan Senaskah Al-Quran atau wakafkannya untuk kegunaan masyarakat setempat di Masjid-masjid, Surau-Surau dan tempat-tempat kunjungan awam..