BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 26 July 2011

Kursus ohh kursus..

aku ni sbnrnya kena kursus dari semalam hinggalah khamis ni.. kursus pasal pengurusan keluarga la lebih kurang.. seronok gak.. tadi yg kelakarnya tukang ceramah tu (untuk slot pengurusan kewangan) dia ada citer pasal sistem envelop tu.. hehehe..kelakar lak.. leh plak dia kata gtu. aku diam jer la bila dia tanya sapa dah buat. takkan nak ckp sambil berdiri mengangkat tgn dengan ayat berbunyi "saya dah buat! saya! saya!".. sangatlah tidak malu dan naik lif tekan butang..hehehe

tpi bab kewangan tu ngntuk skit, slot lain ok.. nanti ada kesempatan aku share ilmu yg berguna utk kita semua eh..pasal hubungan suami isteri, nak didik anak..dan lain2.. yg berguna kita share lerr.. yg aku ckp tak berguna abaikan sahaja..anggap lawak hiburan semata2.. aku pun harap dapat manfaat ilmu diaorg bg kat kursus tu.. tak byk skit pun jadilah.. dok gitu??

oklaa.. ari jum lepas sambut beday anak aku kat restoren ikan bakar kat langat.. tumpang sekaki majlis jamuan ayah mentua aku wat utk sedara mara dia, majlis tahlil arwah sekali.. niat mentua aku dah lama nak buat sempena nk ucap tq kat sedara yg byk tlg kenduri aku ngan suami aku dua thun lepas..waktu tu ayah mentua aku sakit tak dpt join, dia masuk HUKM.. so dah lama berhajat, ni dia dah sembuh dia wat laa..yela kalo wat kenduri kat umah dia nanti sedara mara kena masak so penat lagi sedara sedangkan ayah aku tu nak meraikan diorg..jadi watla kat restoren ikan bakar tu.. first time aku berada di majlis tahlil di restoren.. tapi tak semua sedara rapat dapat dtg.. nanti aku ada masa aku upload gmbr n citer nyer k.. so baby aku sambut beday awal 5 ari.. takpela.. version langat.. esok beday dia yg sebenarnya! aku plan nk sambut mlm ni kul 12 ngan laki aku.. just d three of us.. haaa..sabtu ni baru real beday party dia kat umah ibu aku.. kanak2, sepupu sepapat anak aku, sepupu2 aku yg kecik2 dijemput hadir... ni version kanak2 nyer party.. ni wat sekali ngan beday anak buah aku 28 julai.. so kos party memarty dibahagi dua la yerrr ngan ibu aku.. hahaha..lawak sungguh..

oklaa.. ni semua pengenalan dulu..ala2 sinopsis.. gmbr sumer ada kat kamera laki aku.. ada masa lepas abis kursus aku upload k..

daaa semua.... :) Assalamualaikum bagi yang beragama islam...

Thursday 21 July 2011

Moga ari ini lebih baik dari semalam...

sebenarnya apa yang aku nak tulis ni sepatutnya telah di publish semalam.. tapi memandangkan aku ni ala2 ntah apa2, apa aku tulis tu bukan sahaja tak jadi dipublish malah hilang dalam draft.. dasyat sungguh kebutaan IT diriku ini.. hahaha...

Al kisahnya ginie.. aku sebenarnya terharu sangat dengan sorg adik kt opis ini..dia ni sangat la cantik bukan sahaja luarannya malah akhlaknya.. seorang yang menampakkan ciri2 muslimah sejati. Nak compare diri dia dengan aku ala2 jauh panggang dari api.. aku ni dahla sengal, cakap pun merapu jerr.. tapi takla merapu sangat cuma aku ni suka wat lawak sengal dan lawak2 yang sewaktu dengannya..

Adik ni cakap ngan aku pagi semalam..

orang yang celaka adalah orang yang ari ini lebih teruk dari semalam..
orang yang sia-sia adalah orang yang ari ini sama seperti semalam..
TETAPI
orang yang TERBAIK adalah orang yang ari ini LEBIH BAIK dari semalam...

Aku terharu sangat dengar kata-kata dia.. terasa mcm kerdil sangat diri ini.. aku kagum dengan dia. Dia kata dalam beribadah ini, apa yang penting kita kena istiqamah. Kena slalu buat supaya benda2 tu menjadi satu kebiasaan dan apabila sudah biasa maka akan jadi kejanggalan buat kita bila kita tak buat benda tu.. betul tu.. aku setuju!


Aku seronok sangat dapat kawan2 yang dapat membimbing dan dapat share ilmu agama gini.. aku ni suka belajar dan aku suka org yg very down to earth n eager  to get close to ALLAH swt.. begitu juga dengan sorg lagi adik kat opis ni.. aku panggil dia adik M la plak.. tadi adik S.. adik M ni pun sama, skg dia sweet sangat dengan tudung labuhnya, dia ni pun very soft spoken n hormat orang.. dia ni kira sekapal la perawakan ngan adik S tu.. seronok aku berbual dgn diorg.. diorg pun seb bek sudi lyn aku yg sengal ni.. aku ni takder adik pompuan la katakan.. aku ada akak sorg jer.. lain sumer lelaki..akak aku pun asyik kena melayan aku yg sengal nih..


terlalu banyak untuk aku perbaiki dalam kehidupan ini.. moga dengan melihat 'kesweetan' diorg sbg muslimah sejati dapat mengajar dan mendekatkan aku lagi dengan banyak ilmu Allah swt... supaya aku plak dapat bimbing si kenit kecik tu menjadi hamba Allah yang soleh.. InsyaAllah...


Apapun, aku respect org2 gini.. wanita2 gini yang umpama perhiasan dunia yang sangat cantik sekali.. wanita solehah.. kepada Adik S akak doakan cepat2 dapat baby..kepada Adik M akak doakan cepat2 dapat suami yang soleh... InsyaAllah..


dan doakan akak slalu agar diri ini sentiasa lebih baik dari semalam... Amin..


p/s: diorg ni adalah pembaca blog aku yang mana aku telah mempromosi blog sendiri.. hahahahaaa... diorg dua jer tau..hihii.. talak malu ini pelempuan, kasi plomote dili sendili... :-P

Haaa.. ni gambar tupperware nyerr..

Haa.. ni la gmbr tupperware tu.. thanx to my dear sis Mimie yg sudi pinjamkan HP dia amik gmbr ni.. amacam? RM38 plus dapat 2 kek as same size of d tupperware. Syiokk! Berbaloi..mmg berbaloi.. apa lagi, pepakat ler sesama kengkawan anda p kedai tupperware.. huhuhu

Note: Promosi ini tidak mendapat apa2 royalti atau komisen. Sekian.(Jangan mare haaa)


Size satu bekas dalam 16cmX16cm.. tinggi 1 bekas dalam 5cm

Haaacchuummm!! VS Tupperware

Ari ni aku kurang sihat la plak.. berjangkit anak aku kot. Anak aku baik demam aku lak kena selsema. Selsema ni satu jer aku tak tahan, dia tangkap hidung ngan kepala.. nak taknak terima jer la seadanya.. dugaan Allah nak bagi. Apa yang pasti maka kedengaranla 'hachum' sana dan 'hachum' sini.. sobar jer laa..

ari ni pun aku heppy sangat, dapat beli tupperware yang mmg jenama TUPPERWARE..hhehehe... selalu beli katanya tupperware tapi walhal takder jenama pun. Actually tupperware buat promosi sebenarnya, buy three free 1. Kalo kita beli satu harganya RM60. So if kita beli 3 free satu maka nilai satu bekas tu dah jadi RM45. Tapi akak yang jual ni dia bagi RM38 utk satu set. Satu set consist of dua bekas bertingkat..payahla aku nak citer.. nanti aku amik gmbr upload k. La ni nk upload hp I ni tak bp nak canggih yerrr.. Hp yg campak kat dinding maka dinding pun lebam.. huhuhu..

kalo tidak aku beli satu jer..pastu aku tgk mcm sweet sangat.. dahla dua tingkat, dalam setiap tupperware tu ada kek yg sedap.. satu perisa blackforest dan 1 perisa oren.. so aku pun belikan untuk ibu aku yg tercintaa... aku dah siap telefon dia bgtau.. harap2 dia suka lerrrrrr... set tu siap ada pengikat tulis Selamat Hari Raya.. rasa tak sabar lak nak raya!! yea...

ok.. sekian dulu berita dari pelanggan Tupperware... Berita selanjutnya selepas ini.. HAAAACHHUUUMMM!!
(^-*)

AMARAN!! Merokok MEMBAHAYAKAN kesihatan anda!!

Tuesday 19 July 2011

Anakku dan klinik..

Alhamdulillah.. demam anak aku dah beransur pulih.. dia demam sejak ari jumaat ari tu.. aku ni riso la naper la demam dia tak bebaik.. tadi g klinik amik darah. doktor kata sumer ok.. peparu pun ok. Mungkin dia demam nak besar..nak masuk setahun la katakan.. kat klinik tadi lasak bukan main. geram aku..  dia mkn roti aku suapkan, pastu aku dah biasa tak bg dia air, tunggu abis mkn baru nak bagi, pastu maksik sebelah perli kata 'dia makan roti ibu dia tak bagi air yerr.. kesian dia'.. hehehehe.. terkena sebijik aku..
padan muka aku!!

walauapapun yang terjadi.. IBU SAYANG DIA!! yea..yea..beday dia nak dekat!

Wednesday 13 July 2011

When One Door close another door is open......

hmmm.. aku baru jer dapat berita dari suami aku, dia nyer projek tak jadi ujung minggu ni.. dia baru jer excited nak g wat job tu.. last minute kawan dia ckap tak jadi plak.. sian plak aku ngan dia.. sebab tu aku suka kalo dia amik deposit awal2.. macam ni senang2 jer org nak tarik balik.. tapi takpela...

aku bgtau dia jgn riso, pasti ada hikmahnya.. rezeki ada di mana2..janji kita yakin dan tawakal pada Allah swt.. aku yakin semua benda yang terjadi kat kita pasti ada hikmahnya walaupun benda yg berlaku tu adalah perkara yang buruk.. tiada yang sia-sia.. aku teringat satu benda yg aku penah baca dulu..

"Allah hadiahkan kita matahari waktu pagi..kita heppy sangat.. tetiber Allah turunkan ribut dan hujan di tengahari.. kita sedih n kita tertanya2 naper jadi gitu.. rupa2nya baru kita tau yang Allah nak hadiahkan kita pelangi selepas itu...."

Aku tau suami aku tabah..aku tau benda ni small matter jer sbnrnya.. cuma tak penah jadi gini kan.. last minute cancel.. mungkin lepas ni dia kena be careful and kalo leh minta deposit awal2 walaupun dgn kawan sendiri.. kita tak tau kan apa nak jadi kan... mungkin his door close but mine is open.. mlm tadi aku dapat job Research Assistan lagi.. tolong biras aku Prof kat UKM.. walaupun mengantuk tapi takpela.. dapat gak RM150 untuk job 3 jam.. sapa nak bagi kan.. Alhamdulillah.. rezeki Allah untuk kami sekeluarga.. actually aku ngan husband aku ni duk sibuk kumpul duit dengan part time.. yelaa.. memandangkan kami ni nak p cameron 2 minggu lagi, beday anak lagi 3 minggu and untuk belanja raya.. hehehe.. Ahad ni aku ada job RA lagi.. alhamdulillah..  aku plan nak blanja dia skit.. lagipun dah byk dia berkorban utk kami.. dia pun sian gak kena teman aku n jaga anak sementara aku wat part time.. dahla siang dia penat kejer..

Hmm.. tu my dear husband.. don worry k.. i will always support u no matter what.. hidup ni bagai roda.. n kalo hidup ni tiada cabaran tak ker boring.. cuma aku berdoa aku dan suami aku dapat menghadapi setiap cabaran dan dugaan tu... Allah takkan uji seseorang itu di luar kemampuannya.. betul tak?? so aku tau he can handle dis..

Abang...

Kita tunggu sahaja 'pelangi' kita yang bakal datang k... luv u!!

Monday 4 July 2011

ANTARA NOVEL & REALITI CINTA SUAMI ISTERI..

Aku baru abis baca citer 'Camar Yang Pergi'.. best giler buku tu..tak sangka mampu wat aku titis air mata barang setitik dua.. kisah cinta yg luhur..cinta yg abadi.. bagaimana seorg pompuan tabah hadapi semuanya.. bagaimana seorg lelaki terlalu ikhlas myanyangi seorg perempuan merangkap ISTERI.. kagum betul aku..
aku yakin cinta mcm tu wujud..bezanya mungkin keadaan yang tidak sama.. mungkin kita bukanlah kaya tauke berlian seperti hero novel tu and kita bukanlah tukang cuci miskin mcm heroin nya.. dan kita mungkin bukanlah kena barah otak macam heroin tu dan sebagainya..

kita mungkin saat ini adalah seorg isteri merangkap pekerja pejabat swasta, kerajaan atau lain2.. saat ini kita mungkin seorg lelaki yg membanting kudrat mencari rezeki untuk anak bini kita.. mungkin kejap lagi kita balik kena goreng minum petang utk suami tak mcm Dilara heroin novel tu yg ada jurusolek peribadinya.. tapi aku yakin cinta dalam novel tu wujud.. kenapa??

Allah mmg dah anugerahkan manusia dengan sekeping hati untuk menyayangi dan disayangi.. cinta yg lahir dari hati kita.. bila kita berkahwin, suamilah segalanya2.. walaupun kekadang kita bergaduh, tergigit lidah, tapi kita tau itu hanyalah sementara.. aku nak citer kisah aku dan suami aku..

ari tu aku ada rasa geram sikit dengan dia..aku pun tak ingat sebab apa..mungkin aku terlalu letih uruskan anak dan umah..lagi2 aku kejer siang tu.. aku kekadang malas nak susahkan dia sbb dia pun penat bekerja... aku bawa hati tidurkan anak aku dalam bilik.. pastu aku nangis sambil dodoikan dia .. sayu hati aku.. suami aku nak turun beli roti..dia tgk airmata aku mengalir..dia tak pujuk tapi terus bgtau dia nak turun pegi kedai.. lagila hati aku sayu.. lepas tu aku dengar dia balik dari kedai.. waktu tu bubur aku masak kat dapur dah hangus.. dia masuk dan duduk kat kerusi.. aku geram dia wat tak tau.. walaupun aku sedih gak tgk dia letih duduk atas sofa..
aku terus ke dapur n mengemas.. tetiber dia dtg.. dia tanya sepatah aku jawab sepatah.. pastu aku terus masak memikirkan dia lapar.. pastu dia bukak peti ais.. dia tanya aku tak buka peti ais beku tu lagi ker.. aku kata tak sbb bahan2 semua dah ada kat luar sbb kami beli terus dari mydin.. pastu dia pegi semula ke peti ais dan dtg kat aku yang tgh cuci ikan di sinki.. rupa2nya dia belikan aku cornetto dan suapkan kat mulut aku.. patutla..dia saja letak kat peti ais dgn harapan aku nampak..tapi aku tak nmpk..hehehe
aku terus sejuk dan lembut ati.. ternyata dia saja jer amik ati aku sbb dia tau aku suka cornetto tu.. aku pun masak n mlm tu kami mkn sesama mcm biasa.. hilang lelah aku n terasa nikmatnya ada suami seperti dia.. suami aku mungkin tak punya intan berlian, takder harta mana.. tapi sekurangya2 dia tak pernah abaikan taggungjawab dia.. sumer bil2, barang dapur, taska, keperluan anak sumer dia beri duit pada aku..tugas aku hanya untuk uruskan sahaja.. duit aku dia tak penah tanya.. aku nak bagi mak bapak aku ker..apa ker.. pokok pangkalnya dia mmg bertanggungjawab bab nafkah.. Alhamdulillah.. kekadang aku kesian bila ada org yg suami dia walau kejer besar tapi susu anak pun taknak beli.. aku harap suami aku akan kekal seperti sekarang..
jadi bagi aku cinta begitu mmg wujud..suami kita akan tunjuk kasih sayang dengan cara dia tersendiri... cuma jgnla kita berangan nak suami kita hadiahkan intan berlian.. cukuplah sekadar dia cium pp kita waktu kita nak mkn tanda terima kasih kita masak untuk dia..cukuplah sekadar bila dia belikan cornetto ketika kita merajuk.. cukupla sekadar keperluan kita n anak2 dipenuhi.. aku syukur untuk itu..syukur pada Allah swt.. tak perlu dia peluk aku di tepi pantai Bosphorus seperti novel itu.. cukupla dia memeluk aku depan tv sambil selepas kekenyangan sambil bercerita apa yg terjadi kepada kami sepanjang hari.. cukupla itu.. kerana itula kisah kami.. novel hidup kami.. dan kami akan karang novel ini dengan cinta kami.. dengan sekadar apa yg ada pada kami..asalkan ia suci dan murni..seikhlas hati.. InsyaAllah..