BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 26 April 2011

Hanya yang SATU!

hmm.. ari ni aku tension sgt..macam2 masalah aku..biasala, hidup ni kalo takder masalah mmg tak sah.. kekadang rasa nak lari jejauh..tp nak lari tu kena pakai duit gak. jadi sebelum lari aku nak p wat part time bebanyak. baru leh lari..hahaha..
sebut pasal part time ni, aku tadi sibuk la nak cari part time. Aku duk sms akak and adik ipar aku. Kot2 diorg ada lubang part time memana ker..mulanya aku ingt nak watkan assignment student2 yang takder masa nak wat assignment. Pastu rasa mcm tak sedap ati plak..berkat ke duit aku tu nanti. Tapi kalo kat tmpt aku blaja ramai betul org upah org wat assignment. Dah jadi senario yang normal plak. Yela, kekadang ada org malas and takder masa nak wat. Tapi tula, aku was2 lagi plak. Akhirnya aku pun tanya akak ipar aku nyer pandangan.. dia kata tak baik dan tak berkat. Kalo setakat kita tlg taip tapi bahan diorg sediakan takpela.. OOO.. gitu rupanya.. betul la firasat aku tu.. seb bek akak ipar aku banyak tlg tadi.. dia kata nanti dia akan carikan aku kejer yang part time mcm data entry utk SPSS ke atau taip assignment ker.. so bolehla aku wat kat rumah..aku dahla kat opis banyak kejer..ni kang takkan nak wat part time mcm Mcdonald tu, mampuih la badan aku.. mana nak kejar anak bujang aku yang baru nak belajar berjalan tu.. jadi aku kena cari kejer yang aku leh wat kat umah jer.. senang sikit.. dia kata nanti dia akan tlg aku tampal iklan ..alhamdulillah..ada gak org sudi tlg..
Tapi apa yang menariknya adalah nasihat akak ipar aku tu..dia kata aku kena sabar banyak2.. dia kata amik petua kawan dia. tak penah tinggal solat dhuha.. satu ari tu kwn dia ni (pensyarah di U yg akak ipar aku pun ngajar), kwn dia ni mohon satu jawatan pensyarah di satu U swasta ni, tapi ditolak kerana dia punya gaji besar so U swasta tu kata dengan gaji banyak tu diorg leh upah pensyarah fresh graduate dua org.. so takpela..dipendekkan ceriter, kwn akak aku ni pegi bercuti di Sarawak sbb suami dia kejer di sana. Rezki Allah, dia didatangi oleh org yang offer dia jawatan pensyarah di sana dengan gaji yg double dari gaji dia skg..siap dapat mengajar di U tempatan lagi.. Alhamdulillah..amazing kan?? di sini aku dapat tangkap beberapa pengajaran..

a) Kita kena percaya rezki tu datang dari Allah
b) Kita kena sentiasa istiqamah memohon pada Allah dan usaha contohnya dengan solat dhuha dan sebagainya
c) Kita kena percaya yang setiap kegagalan kita itu ada hikmah besar yang menanti. Mungkin belum tiba masanya untuk kita mendapat sesuatu. Allah telah merancang yang terbek utk kita.
d)Kita kena banyak2 bersabar..

dan yang penting sekali..walau apapun kita hanya perlu memohon pada yang SATU!! Allah s.w.t!

Okla..lunch time nak abis..doa2kan aku dapat part time k.. sblm wat part time aku nk siapkan kejer hakiki ni dulu..baru berkat..
ok..daaa

0 yang satu kepala ke tak satu kepala??: