BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 25 April 2011

1..2..3.. Mula!!

Semua benda dalam kehidupan ini ada permulaannya.. aku rasa aku create blog ni pun dah lama tertangguh..malas, banyak kerja dan macam2 lagi alasannya..sekarang ni aku tgk bukan main banyak lagi blog yang tumbuh mcm cendawan berduyun2.. zaman IT la katakan.. maklumat di hujung jari. Even nak musnahkan kehidupan seseorang tu pun boleh dibuat dengan satu 'click' sahaja, satu click di hujung jari kita.. habislah riwayat hidup seseorang tu.. persoalannya.. adakah aku kisah??? (kadang-kadang kisah gak!)

Blog ni merupakan satu escapism untuk aku.. aku tak kisah la kalau ada orang baca ke tidak. tapi kat sini adalah tempat aku nak release tension aku sebab kejer aku yang menimbun tiap2 ari, masalah hidup aku dan tempat aku nak bagitau pandangan aku tentang suatu perkara tanpa ada sesiapa boleh halang aku..kerana ini blog aku yang punya..HANYA AKU! (tapi terkawal lagi..kang masuk jail plak!)

Naper aku start tulis petang ni? apa yang aku tension sangat kan..

hmm..mulanya sbb kerja aku yang banyak ni..tapi aku syukur sangat dapat kerja.. dulu aku bising tak de kejer kat tmpt lama sampai sumer org ingt aku tak kejer..aku pun rasa aku mcm mkn duit tak berkat.. melopong jer datang ari2..time ada kejer ada la..time takder hampeh.. aku pun rasa produktiviti aku sebagai seorang manusia tidak digunakan sepenuhnya.. tension gak tu! aku pikir2 bila aku nak berkembang.. akhirnya aku minta tukar..alhamdulillah! kat tempat kerja baru ni aku dapat kembangkan kegunaan diri aku ni sebagai seorang manusia di tempat kerja.. kerja aku belambak..kadang2 rehat pun tak sempat..apa yg best nye aku dapat belajar apa yang aku tak dapar sebelum ni.. byk gak kesilapan sepanjang proses pembelajaran ni..tapi takpe..pandang positif! kejayaan tak datang tanpa kegagalan..tanpa kesusahan..tanpa dugaan!! rugilah insan2 yang tidak diduga oleh NYA dan tidak pernah melakukan kesilapan..muahahaaaaa..... cuma tadi abis meeting and sumer org dah balik.. aku ada kejer nak wat..tapi tension sangat dah tepu otak aku dalam meeting tu, jadinya aku terasa nak luahkan kat seseorang..tak tau kat sapa..kat kengkawan kejer malas plak kang sampai menyampai atau ingt aku ni byk mengeluh plak.. so lebih bek aku citer kat blog ni..dengan anggapan ada org yang mendengar luahan petang aku ni.. kalo takder pun takper.. at least dah terlepas apa yang terbuku di dada.. tulis diari org tau kalo terjumpa.. kat blog ni sapa la kenal aku...bukan jennifer lopez pun.. kalo ada yg dengki pun dia akan 'hack' and juper la nama samaran dalam emel aku tu.. ataupun kalo dia ganas dia akan cari jaringan yang aku guna sampai la komputer mana yang aku guna nak taip benda citer yg ntah apa2 ni.. tapi sapa la yang takder kejer tu?? aku ni jangankan ahli politik, tanah satu pasu pun takder.. tak dapat per pun..tu yg aku rasa sangat selamat..sangat bebas di blog ni.. kerana OOPS!! HANYA AKU...

p/s korang dah balik kejer ker???

0 yang satu kepala ke tak satu kepala??: