BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 1 December 2011

Dugaan Allah.... (episod 1)

Assalamualaikum/Selamat sejahtera..

Aku dah lama x menulis niee.. banyak giler benda yang berlaku dalam tempoh dua bulan ni..
Last week betul2 menguji kesabaran aku sebagai seorang hamba Allah.. dan juga sebagai isteri..

Selasa lepas (22/11/2011)

hati aku x brapa sedap ari tu.. suami aku dah mengadu sakit gigi sejak ahad lepas. Mulut dia bengkak sampai nak suap mknn pun x bleh. Dia nak minum air pun x lalu.. aku agak riso ler sbb dia ada penyakit tiroid yg mana dia kuat sangat makan.. tetiber dia xleh mkn gitu.. takut badan dia jadi apa2.

Telahan aku betul... tengahri tu aku balik nk jenguk dia yang dah 3 ari x sht. Aku balik dengan bekalan air milo and soya sekotak pesanan suami aku. Bila balik aku tengok dia lemah sangat. Hati aku dah bertambah riso. Aku bagi dia minum air soya. Aku paksa dia check glukose dia. 17.5!! what?? x mkn apa2 tpi tinggi?? so aku pun check glukose aku.. 6.4 jerr walhal aku dah mkn mcm2 pagi sebelumnya.. maknanya mmg glukose suami aku tinggi. Aku dah makin panik. Ditambah dengan keengganan dia mkn buat aku lagi riso. Aku penah hadapi keadaan ini dulu ketika ibu aku mula2 mendapat simptom kegagalan buah pinggang. Ibu x mkn, mkn ubat pun muntah. Doktor klinik swasta pula cakap yang ibu angin saja.. bila dibawa ke hospital besar kuala lumpur ibu sudah disahkan rosak buah pinggangnya... hampir 2 bulan ibu kuar masuk ICU dan Wad Biasa.. kini setelah hampir 6 tahun episod menyedihkan itu, aku terpaksa menghadapi situasi yang agak sama dengan suami aku.. Apabila dia memuntahkan semula semua air soya yang dia minum, aku dah bertekad hendak membawanya ke hospital.. ini kerana bagi aku seorang manusia jika tidak mkn, minum, pasti akan lemah. Tambahan lagi suami aku ada sakit diabetes, asma dan tiroid...

Aku mula memujuk suami aku ke hospital. Aku agak terkejut kerana dia bersetuju namun dia mahukan aku memanggil ambulan. Itu bermakna suami aku mmg sudah teruk kerana sblm ini dia mmg susah nk ke hospital. Nafas suami aku turun naik dengan laju seperti org yg sesak nafas. Aku panik. Aku terus lupa cara nak telefon ambulan. Aku tel adik ipar aku untuk mtk suaminya yakni seorg doktor untuk dtg. Malang sekali mereka berada di KL. Adik ipar aku mengajar aku cara utk menghubungi ambulan.. 999... Ya Allah.. kenapalah aku terlalu panik sehingga benda yang mudah begitu pun menjadi begitu sukar...

Air mata aku mula menitis ketika mendail no 999.. kata operator itu ambulan akan datang secepat mungkin. Aku jadi tak tentu arah. Aku siapkn baju suamiku, dan benda2 lain yg aku rasakan perlu dibawa ke hospital. Suami aku berpesan agar aku membawa ubat2 nya. Pintu rumah aku dah buka seluasnya untuk memudahkan ambulan masuk. 10 minit berlalu.. ambulan x kunjung tiba. Kakak ipar aku pun telefon bertanyakan adiknya. Dia kata dia otw ke umah aku dan andainya ambulan lambat, dia sendiri akn bawa adiknya ke hospital. Tak brapa lama selepas itu, ambulan pun tiba. Aku pun masuk ke dalam ambulan bersama suamiku. Itu adalah kali pertama aku menaiki kenderaan yang cukup memeritkan itu dan yang pasti aku tidak ingin menaikinya lagi...

Sampai sahaja aku di wad kecemasan hospital suamiku terus sahaja dibawa masuk ke wad separa kritikal.. Aku tidak dibenarkan masuk. Lemah lutut aku menunggu perkembangan suamiku. 15 minit kemudian kakak ipar ku sampai dahulu bersama anak sulungnya. Dia dan anaknya menemaniku dengan sabar. Membelikan aku makanan.. namun isteri manakah yang dapat menelan makanan setelah menelah kepahitan sperti ini....namun setelah dipaksa berulang kali, aku pun minum air oren dan buah jambu yang dibeli mereka.. Ya Allah.. tabahkanlah hati ku.....

Bersambung............

1 yang satu kepala ke tak satu kepala??:

mariyah al-qibtiyya said...

assalamualaikum wbt

ujian Allah itu selaras dgn kekuatan kita, kak. anggaplah ujian ini sbg satu cara akk meningkatkan lagi daya tahan akk dan kesabaran ehehhee apa2 pun chayok2