BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 21 July 2011

Moga ari ini lebih baik dari semalam...

sebenarnya apa yang aku nak tulis ni sepatutnya telah di publish semalam.. tapi memandangkan aku ni ala2 ntah apa2, apa aku tulis tu bukan sahaja tak jadi dipublish malah hilang dalam draft.. dasyat sungguh kebutaan IT diriku ini.. hahaha...

Al kisahnya ginie.. aku sebenarnya terharu sangat dengan sorg adik kt opis ini..dia ni sangat la cantik bukan sahaja luarannya malah akhlaknya.. seorang yang menampakkan ciri2 muslimah sejati. Nak compare diri dia dengan aku ala2 jauh panggang dari api.. aku ni dahla sengal, cakap pun merapu jerr.. tapi takla merapu sangat cuma aku ni suka wat lawak sengal dan lawak2 yang sewaktu dengannya..

Adik ni cakap ngan aku pagi semalam..

orang yang celaka adalah orang yang ari ini lebih teruk dari semalam..
orang yang sia-sia adalah orang yang ari ini sama seperti semalam..
TETAPI
orang yang TERBAIK adalah orang yang ari ini LEBIH BAIK dari semalam...

Aku terharu sangat dengar kata-kata dia.. terasa mcm kerdil sangat diri ini.. aku kagum dengan dia. Dia kata dalam beribadah ini, apa yang penting kita kena istiqamah. Kena slalu buat supaya benda2 tu menjadi satu kebiasaan dan apabila sudah biasa maka akan jadi kejanggalan buat kita bila kita tak buat benda tu.. betul tu.. aku setuju!


Aku seronok sangat dapat kawan2 yang dapat membimbing dan dapat share ilmu agama gini.. aku ni suka belajar dan aku suka org yg very down to earth n eager  to get close to ALLAH swt.. begitu juga dengan sorg lagi adik kat opis ni.. aku panggil dia adik M la plak.. tadi adik S.. adik M ni pun sama, skg dia sweet sangat dengan tudung labuhnya, dia ni pun very soft spoken n hormat orang.. dia ni kira sekapal la perawakan ngan adik S tu.. seronok aku berbual dgn diorg.. diorg pun seb bek sudi lyn aku yg sengal ni.. aku ni takder adik pompuan la katakan.. aku ada akak sorg jer.. lain sumer lelaki..akak aku pun asyik kena melayan aku yg sengal nih..


terlalu banyak untuk aku perbaiki dalam kehidupan ini.. moga dengan melihat 'kesweetan' diorg sbg muslimah sejati dapat mengajar dan mendekatkan aku lagi dengan banyak ilmu Allah swt... supaya aku plak dapat bimbing si kenit kecik tu menjadi hamba Allah yang soleh.. InsyaAllah...


Apapun, aku respect org2 gini.. wanita2 gini yang umpama perhiasan dunia yang sangat cantik sekali.. wanita solehah.. kepada Adik S akak doakan cepat2 dapat baby..kepada Adik M akak doakan cepat2 dapat suami yang soleh... InsyaAllah..


dan doakan akak slalu agar diri ini sentiasa lebih baik dari semalam... Amin..


p/s: diorg ni adalah pembaca blog aku yang mana aku telah mempromosi blog sendiri.. hahahahaaa... diorg dua jer tau..hihii.. talak malu ini pelempuan, kasi plomote dili sendili... :-P

0 yang satu kepala ke tak satu kepala??: