BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 4 July 2011

ANTARA NOVEL & REALITI CINTA SUAMI ISTERI..

Aku baru abis baca citer 'Camar Yang Pergi'.. best giler buku tu..tak sangka mampu wat aku titis air mata barang setitik dua.. kisah cinta yg luhur..cinta yg abadi.. bagaimana seorg pompuan tabah hadapi semuanya.. bagaimana seorg lelaki terlalu ikhlas myanyangi seorg perempuan merangkap ISTERI.. kagum betul aku..
aku yakin cinta mcm tu wujud..bezanya mungkin keadaan yang tidak sama.. mungkin kita bukanlah kaya tauke berlian seperti hero novel tu and kita bukanlah tukang cuci miskin mcm heroin nya.. dan kita mungkin bukanlah kena barah otak macam heroin tu dan sebagainya..

kita mungkin saat ini adalah seorg isteri merangkap pekerja pejabat swasta, kerajaan atau lain2.. saat ini kita mungkin seorg lelaki yg membanting kudrat mencari rezeki untuk anak bini kita.. mungkin kejap lagi kita balik kena goreng minum petang utk suami tak mcm Dilara heroin novel tu yg ada jurusolek peribadinya.. tapi aku yakin cinta dalam novel tu wujud.. kenapa??

Allah mmg dah anugerahkan manusia dengan sekeping hati untuk menyayangi dan disayangi.. cinta yg lahir dari hati kita.. bila kita berkahwin, suamilah segalanya2.. walaupun kekadang kita bergaduh, tergigit lidah, tapi kita tau itu hanyalah sementara.. aku nak citer kisah aku dan suami aku..

ari tu aku ada rasa geram sikit dengan dia..aku pun tak ingat sebab apa..mungkin aku terlalu letih uruskan anak dan umah..lagi2 aku kejer siang tu.. aku kekadang malas nak susahkan dia sbb dia pun penat bekerja... aku bawa hati tidurkan anak aku dalam bilik.. pastu aku nangis sambil dodoikan dia .. sayu hati aku.. suami aku nak turun beli roti..dia tgk airmata aku mengalir..dia tak pujuk tapi terus bgtau dia nak turun pegi kedai.. lagila hati aku sayu.. lepas tu aku dengar dia balik dari kedai.. waktu tu bubur aku masak kat dapur dah hangus.. dia masuk dan duduk kat kerusi.. aku geram dia wat tak tau.. walaupun aku sedih gak tgk dia letih duduk atas sofa..
aku terus ke dapur n mengemas.. tetiber dia dtg.. dia tanya sepatah aku jawab sepatah.. pastu aku terus masak memikirkan dia lapar.. pastu dia bukak peti ais.. dia tanya aku tak buka peti ais beku tu lagi ker.. aku kata tak sbb bahan2 semua dah ada kat luar sbb kami beli terus dari mydin.. pastu dia pegi semula ke peti ais dan dtg kat aku yang tgh cuci ikan di sinki.. rupa2nya dia belikan aku cornetto dan suapkan kat mulut aku.. patutla..dia saja letak kat peti ais dgn harapan aku nampak..tapi aku tak nmpk..hehehe
aku terus sejuk dan lembut ati.. ternyata dia saja jer amik ati aku sbb dia tau aku suka cornetto tu.. aku pun masak n mlm tu kami mkn sesama mcm biasa.. hilang lelah aku n terasa nikmatnya ada suami seperti dia.. suami aku mungkin tak punya intan berlian, takder harta mana.. tapi sekurangya2 dia tak pernah abaikan taggungjawab dia.. sumer bil2, barang dapur, taska, keperluan anak sumer dia beri duit pada aku..tugas aku hanya untuk uruskan sahaja.. duit aku dia tak penah tanya.. aku nak bagi mak bapak aku ker..apa ker.. pokok pangkalnya dia mmg bertanggungjawab bab nafkah.. Alhamdulillah.. kekadang aku kesian bila ada org yg suami dia walau kejer besar tapi susu anak pun taknak beli.. aku harap suami aku akan kekal seperti sekarang..
jadi bagi aku cinta begitu mmg wujud..suami kita akan tunjuk kasih sayang dengan cara dia tersendiri... cuma jgnla kita berangan nak suami kita hadiahkan intan berlian.. cukuplah sekadar dia cium pp kita waktu kita nak mkn tanda terima kasih kita masak untuk dia..cukuplah sekadar bila dia belikan cornetto ketika kita merajuk.. cukupla sekadar keperluan kita n anak2 dipenuhi.. aku syukur untuk itu..syukur pada Allah swt.. tak perlu dia peluk aku di tepi pantai Bosphorus seperti novel itu.. cukupla dia memeluk aku depan tv sambil selepas kekenyangan sambil bercerita apa yg terjadi kepada kami sepanjang hari.. cukupla itu.. kerana itula kisah kami.. novel hidup kami.. dan kami akan karang novel ini dengan cinta kami.. dengan sekadar apa yg ada pada kami..asalkan ia suci dan murni..seikhlas hati.. InsyaAllah..

1 yang satu kepala ke tak satu kepala??:

mimie said...

cute~~moga akak terus tabah dlm mengharungi ujian rumahtangga. moga akk jadi isteri terbaik, ibu penyayang insyaAllah