BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 9 February 2012

Dugaan Allah – Episod 3


Waduhhh... lama giler nak tunggu episode drama yang ketiga ni.. hihihi.. ala2 bz skit la gamaknya. Ni ada masa sket maka lehla menulis. Kekadang tu kat umah punya la banyak benda nak citer tapi last2 jadi mashammm ler citernya.. tapi yang wat aku nak nulis ni sbb ada adik kat opis ni yang tanya bila aku nak sambung citer drama swasta aku ni.. terharu la plak.. walaupun pembacanya ntah bapa org jer tapi kira bangga gak ler... huhuhu.. ok stret to ampang point k!!
--------------------------------^^^---------------------
........ tetiber aku dipanggil semula ke dalam bilik kecemasan separa kritikal tu. Aku tengok para doctor berkumpul di depan katil suamiku. Aku tanpa berlengah bagi satu beg yang berisi ubatan suamiku agar memudahkan para doctor untuk kaji medical history dia.. lepas tu doctor bagitau aku yang suamiku akan dihantar ke wad ICU dan dia suh aku tunggu di luar pintu yang mana pesakit akan dibawa ke ICU. Aku pun keluar dan bertanya pada guard di mana pintu nya. Kami sekeluarga keluar bersama-sama.. bapak suamiku tetiber lemah untuk berjalan, ada sesuatu yang dia katakan kepada kakak iparku yang memimpin tangannya. Aku tak tau apa yang dia katakan, namun apa yang aku tau kakak iparku memberikan respon yang sangat sedih dan terkejut akan kata-katanya. Aku pun tidak larat untuk meneka kerana hatiku sudah cukup terbeban dengan keadaan suamiku..
Aku pula terus menanti dengan resah di hadapan pintu kecemasan tersebut. Tetiber pintu dibuka dan kelihatan dua org medical assistant(MA) sedang menolak katil yang mana suamiku berada di atasnya dalam keadaan yang sangat lemah.. aku pun berlari anak mengejar suamiku.. tapi MA tersebut menyuruh aku pergi ke wad ICU menaiki lif pelawat. Dengan lemah aku menuruti kata2 mereka..
Sampai sahaja aku di Wad ICU tersebut aku tidak dibenarkan masuk. Guard ICU mengatakan yang aku kena tunggu dahulu kerana nurse sedang menyiapkan katil suamiku. Guard berbangsa india tersebut mengatakan yang doctor akan memanggilku apabila semua ready. Maka kami pun duduk beramai-ramai di bilik menunggu.. menunggu harapan yang x pasti...
Kebetulan suami adikku merupakan seorang doktor di  Hospital Serdang. Dengan menggunakan kad pengenalan doktornya dia meminta kebenaran kepada guard utk masuk. Alhamdulillah guard tersebut mengizinkan.. dari jauh aku berharap yang birasku itu dapat 'mengintai' keadaan suamiku itu.. dan aku pula terus menunggu..
Di bilik menunggu tersebut, parent suamiku tidak berhenti berzikir dan bermohon doa kepada Allah swt. Aku pula geram kerana aku tidak dapat bersolat kerana aku dalam hari terakhir uzurku.. aku hanya mampu berdoa di dalam hati.. Ya Allah.. selamatkanlah suamiku..
Tiba-tiba...
Aku dipanggil masuk ke dalam wad ICU oleh birasku.. aku bergegas masuk.. aku lihat suamiku lemah sangat.. doktor menerangkan apa yang terjadi pada suamiku sambil didengari oleh birasku. Ada jargon sains yang aku kurang jelas namun ada juga yang aku fahami. Namun apa yang aku tahu, suamiku perlu dicabut giginya kerana gigi kapaknya itu menjadi punca kerana telah bernanah tanpa dia sedari.. semua ini gara2 kencing manisnya yang tidak terkawal.. nurse menyuruh aku meninggalkan no telefon utk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.. setelah selesai, aku pun pergi menjenguk suamiku dengan senyuman yang manis ku ukir tidak selari dengan hatiku yang tersenyum pahit. Aku tidak mahu menambah kesedihan suamiku sekiranya aku bersedih.. suamiku pula membalas dengan senyuman yang cukup manis buat ku tika itu.... Ya Allah, janganla Kau hilangkan senyuman itu dari wajahnya...
Bersambung lagi....
  

Saturday 7 January 2012

Dugaan Allah - episod 2

lama gilerr baru nak sambung episod dua. Kalo org tgk drama bersiri mesti dah lupa dah episod pertama citer macamner. Anyway, aku nak citer gak.....

dah hampir dua jam lebih aku tunggu suami aku kat emergency tu.. tetiber ada announcement panggil waris suami aku utk masuk dalam wad separa kritikal tu. Aku pun sepantas kilat pergi. Aku tyer nurse kat ctu maner katil suami aku. Bila dah juper aku cuak gler bila tgk ramai btl doktor keliling suami aku. Bertambah sayu lagi ati aku bila badan suami aku dipenuhi wayar mcm2. Dia nampak begitu resah gelisah.  Doktor tanya aku apa yg jadi sblm tu.. au pun explain. Dktr cakap suami aku diabetic dia x terkawal sampai dia jadi gitu.. lepas dia xplain memacam aku mtk izin juper laki aku.. doktor pesan jgn nangis depan dia takut dia rasa lagi sedih.. aku pun lap airmata aku yg mengalir macam air paip tu.. sebak aku tgk laki aku waktu tu..dahla dktr kata dia unstable at that time.. aku sedih sangat.. aku peluk dia.. aku cium pipi dia berulang kali.. aku bisik kat telinga dia yang aku sayang sangat kat dia n aku mtk maaf kalo aku ada wat silap kat dia... dia angguk mcm dia dengar n sedar apa aku cakap... aku terasa mcm dunia ni nak end bila tgk keadaan dia gtu.. lemah lutut aku.. terasa hilang separuh benda dalam hidup aku bila dia jadi gtu... bila doktor nak teruskan rawatan, aku pun dengan berat hati tinggalkan suamiku.. aku cium pipi dia semula.. dia senyum tgk aku.. aku rasa senyuman dia paling manis buat aku n aku takut bleh ker aku tgk senyuman tu lagi nanti... hanya Allah yang tau pedihnya hati aku..

Bila aku kuar saja dari wad separa kritikal tu, aku trus menangis x henti2.. aku trus call ibu aku n bgtau apa yg terjadi... ibu suh aku bersabar byk2.. aku hentikan panggilan tu sbb parent suami aku dah sampai.. waktu tu sedih sangat.. aku tak tau nk ckp apa dah.. mak abg trus baca yasin.. abah dia sugul sangat.. satu2nya anak lelaki mereka dalam keadaan mcm tu.. hati ibu mana yang tak sedih... namun dlm hati aku lagi pilu mengenangkan nasib aku n anak aku yang masih kecil.. yang masih belum bisa mengenal apa2.. mengenal atau mengingati wajah abah dia yang terlalu menyayanginya....

bersambung...