BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 28 September 2011

Diet & MY Future!!

Punca
Stress.. Arghh!! itu yang aku rasa skg ni.. bukan sebab apa..dah memandangkan badan ni lepas raya semakin mengembang, maka di sana sini orang bertanya adakah diriku MENGANDUNG?? wajarkah soalan itu?? huhuhuhuhu...

al kisahnya aku tau ler perut aku ni ala membuncit sikit memandangkan tahun lepas aku telah di'operate' dengan jayanya demi mengeluarkan anakku yang ku cintai bangat tu.. bila dah mengembang begini, potential perut tu mengembang juga bertambah positif. Maka timbullah isu untuk ditimbulkan oleh orang ramai berkenaan perut ku dan isu itu ternyata memberi kegirangan tahap melampau kepada mereka.. adakah??

pra-mesyuarat
maka aku dan member aku Cik M telah mengadakan satu pra mesyuarat tadi memikirkan pemasalahan aku yang sejak azali ni..hahaha.. kami pun duk telek perut aku, diameternya mmg agak mencurigakan, itu belum kira perimeter nya lagi. Maka kami pun berbincang apakah solusi terbaik untuk aku lakukan agar berat badan aku turun dengan jayanya.. antaranya..:

a) pakai korset
- ini pun masalah gak. aku ni dah malas sbnrnya pakai korset tu.. sbbnya waktu aku beli utk saiz badan M. Skg ni badan dah saiz L. Maka bila aku pakai akan nampak kurus tapi menyeksakan.. maka dengan minum setitik air jer pun akan menyeksakan badan ku..
(sebenarnya ini adalah alasan aku semata2 sbb malas nak pakai..tapi pasal saiz tu betul tau)

b)pakai losyen Mustajab Pati Halia
- ini pun masalah gak.. masalah kat aku sebenarnya. Produknya mmg berkesan. My sis penah cuba dua botol n perut dia mmg mengempis. Orang kata kena pakai 2,3 botol dulu baru nampak kesannya. Aku sebenarnya ari tu lepas pantang dah cuba sebotol. Lepas abis sebotol aku dah malas nak beli lagi.. dari sehari ke sehari nak beli tapi tak beli2 gak..akhirnya perut bertambah memboroi.. haruskah?? tapi ini one of d alternative yang aku rasa nak praktikkan semula.. jadi aku kira setuju la dengan cadangan ni.. Yea!!Yea!!

c) Protein Diet
- ini pun one of a good idea. Kita makan protein jer.. Say NO tu karbohidrat. Tapi tula, benda ni ada pro n kons nyer.. its true kalo kita makan protein jer akan turun cepat. Tapi kawan kepada kawan aku sampai kena consult doctor sbb dia nyer zat dah tak seimbang, karbo takde langsung. Lagi bahaya.. so diet ni nak wat leh tapi kena jejaga.. dont over do it!! so idea ni aku akan pikirkan dulu..KIV!!

d) Puasa
- ini mmg idea yang efektif gak ler..mcm bulan posa ari tu berat badan aku cecah 57.9kg.. the lightest that i can get since d day i gave birth to Daniel. Cuma aku kena lawan minda aku ketika berbuka posa..takut siang2 posa, tapi mlm melantak abis!!
So idea ni mmg bagus n aku akan teruskan!! Yea!!Yea!!

e) Jogging
- Cik M duk suh aku jogging. Member dia berjaya kuruskan berat sebanyak 5 kilo hasil dari senaman yang konsisten! bagus! mmg berkesan! yang tak bagusnya AKU! malas giler nak exercise. Walhal sebenarnya cara ni la paling efektif untuk turunkan berat badan..hmmmm..ntahla..aku ni hangat2 taik ayam jer bila senaman ni.. tapi will put this idea in KIV section.. hhahahaaaaa

Solusi
Apapun, i have to do something with my weight. Actually, waktu aku sblm akad nikah berat aku 52kg. Bila aku start mengandung dalam dua bulan jadi 55kg. Berat last aku waktu mengandung 70 kg. Then lepas pantang aku berjaya turunkan ke 64kg. Lepas tu aku try diet n diet, siap tak makan nasi maka turunla ke 60kg. Pastu aku duk umah sendiri balik aku dapatlah turun ke 58kg.. on off... bila sblm posa baru ni 57.9kg.. dah lama tak tgk figure 57 walhal 10g jer kurang dari 58kg..hehehehe.. lepas raya baru ni aku timbang 60.4kg.. then aku demam panas last week, siap sakit tekak tak leh telan makanan jadi ujung minggu baru ni aku timbang 58.4kg balik.. so adakah aku perlu demam n sakit tekak baru senang turun berat??

so.. I am 58.4kg now.. my aim is to get back at 52kg.. i need to get rid of dis 6kg of unwanted fat!! bolehkah?? tetiber aku semangat sangat ni nak kuruskan badan aku.. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sekiranya diri dia sendiri tidak mengubahnya.. so u go gurl!! aku tau aku leh buat..n aku akan buat!! No more heavy meals!! No more hanky panky!

Nanti aku dah kurus balik, lehla aku pakai baju kurung waktu aku anak dara dulu, lehla aku pakai sumer baju yang tak leh pakai tu.. actually 52kg tu pun berat lagi, aku rasa berat badan aku yang sedap2 adalah 48 to 50 kg... tapi apa kata aku cuba dapatkan 52kg dulu.. bukan cuba tapi KENA!! lepas ni takde dah org kata aku ngandung.. kang ngandung jer lebih tapi tak beranak2..pelik lak org sekeliling.. aku ni taknak la biar org keliling aku pelik..sian diorg..hahahaha.... lepas ni banyak la aku post pasal diet aku ni..hahahaha

Kambate!! Chayok!! yakin boleh..rakan muda!!
Go ibu Daniel!! u can do It!!

lalalalalalalalalalalalaalalalalallalalaalalala.. walau apapun hidup kena ceria selalu....!! :) cenyum citit semua..

3 yang satu kepala ke tak satu kepala??:

syuhada said...

Assalamua'laikum. hai cik kak.=p.. dah pandai ek? hehe..taniah!!

mariyah al-qibtiyya said...

wahhhh bila on diet? jgn off plak ehehhehehee

oops Aku! said...

hehehe..insyaAllah tak 'off' nyerr..