Thursday, 9 February 2012
Dugaan Allah – Episod 3
Posted by oops Aku! at 17:02 0 yang satu kepala ke tak satu kepala??
Labels: aku dan dia
Saturday, 7 January 2012
Dugaan Allah - episod 2
lama gilerr baru nak sambung episod dua. Kalo org tgk drama bersiri mesti dah lupa dah episod pertama citer macamner. Anyway, aku nak citer gak.....
dah hampir dua jam lebih aku tunggu suami aku kat emergency tu.. tetiber ada announcement panggil waris suami aku utk masuk dalam wad separa kritikal tu. Aku pun sepantas kilat pergi. Aku tyer nurse kat ctu maner katil suami aku. Bila dah juper aku cuak gler bila tgk ramai btl doktor keliling suami aku. Bertambah sayu lagi ati aku bila badan suami aku dipenuhi wayar mcm2. Dia nampak begitu resah gelisah. Doktor tanya aku apa yg jadi sblm tu.. au pun explain. Dktr cakap suami aku diabetic dia x terkawal sampai dia jadi gitu.. lepas dia xplain memacam aku mtk izin juper laki aku.. doktor pesan jgn nangis depan dia takut dia rasa lagi sedih.. aku pun lap airmata aku yg mengalir macam air paip tu.. sebak aku tgk laki aku waktu tu..dahla dktr kata dia unstable at that time.. aku sedih sangat.. aku peluk dia.. aku cium pipi dia berulang kali.. aku bisik kat telinga dia yang aku sayang sangat kat dia n aku mtk maaf kalo aku ada wat silap kat dia... dia angguk mcm dia dengar n sedar apa aku cakap... aku terasa mcm dunia ni nak end bila tgk keadaan dia gtu.. lemah lutut aku.. terasa hilang separuh benda dalam hidup aku bila dia jadi gtu... bila doktor nak teruskan rawatan, aku pun dengan berat hati tinggalkan suamiku.. aku cium pipi dia semula.. dia senyum tgk aku.. aku rasa senyuman dia paling manis buat aku n aku takut bleh ker aku tgk senyuman tu lagi nanti... hanya Allah yang tau pedihnya hati aku..
Bila aku kuar saja dari wad separa kritikal tu, aku trus menangis x henti2.. aku trus call ibu aku n bgtau apa yg terjadi... ibu suh aku bersabar byk2.. aku hentikan panggilan tu sbb parent suami aku dah sampai.. waktu tu sedih sangat.. aku tak tau nk ckp apa dah.. mak abg trus baca yasin.. abah dia sugul sangat.. satu2nya anak lelaki mereka dalam keadaan mcm tu.. hati ibu mana yang tak sedih... namun dlm hati aku lagi pilu mengenangkan nasib aku n anak aku yang masih kecil.. yang masih belum bisa mengenal apa2.. mengenal atau mengingati wajah abah dia yang terlalu menyayanginya....
bersambung...
Posted by oops Aku! at 18:06 0 yang satu kepala ke tak satu kepala??
Labels: aku dan dia
Thursday, 1 December 2011
Dugaan Allah.... (episod 1)
Assalamualaikum/Selamat sejahtera..
Aku dah lama x menulis niee.. banyak giler benda yang berlaku dalam tempoh dua bulan ni..
Last week betul2 menguji kesabaran aku sebagai seorang hamba Allah.. dan juga sebagai isteri..
Selasa lepas (22/11/2011)
hati aku x brapa sedap ari tu.. suami aku dah mengadu sakit gigi sejak ahad lepas. Mulut dia bengkak sampai nak suap mknn pun x bleh. Dia nak minum air pun x lalu.. aku agak riso ler sbb dia ada penyakit tiroid yg mana dia kuat sangat makan.. tetiber dia xleh mkn gitu.. takut badan dia jadi apa2.
Telahan aku betul... tengahri tu aku balik nk jenguk dia yang dah 3 ari x sht. Aku balik dengan bekalan air milo and soya sekotak pesanan suami aku. Bila balik aku tengok dia lemah sangat. Hati aku dah bertambah riso. Aku bagi dia minum air soya. Aku paksa dia check glukose dia. 17.5!! what?? x mkn apa2 tpi tinggi?? so aku pun check glukose aku.. 6.4 jerr walhal aku dah mkn mcm2 pagi sebelumnya.. maknanya mmg glukose suami aku tinggi. Aku dah makin panik. Ditambah dengan keengganan dia mkn buat aku lagi riso. Aku penah hadapi keadaan ini dulu ketika ibu aku mula2 mendapat simptom kegagalan buah pinggang. Ibu x mkn, mkn ubat pun muntah. Doktor klinik swasta pula cakap yang ibu angin saja.. bila dibawa ke hospital besar kuala lumpur ibu sudah disahkan rosak buah pinggangnya... hampir 2 bulan ibu kuar masuk ICU dan Wad Biasa.. kini setelah hampir 6 tahun episod menyedihkan itu, aku terpaksa menghadapi situasi yang agak sama dengan suami aku.. Apabila dia memuntahkan semula semua air soya yang dia minum, aku dah bertekad hendak membawanya ke hospital.. ini kerana bagi aku seorang manusia jika tidak mkn, minum, pasti akan lemah. Tambahan lagi suami aku ada sakit diabetes, asma dan tiroid...
Aku mula memujuk suami aku ke hospital. Aku agak terkejut kerana dia bersetuju namun dia mahukan aku memanggil ambulan. Itu bermakna suami aku mmg sudah teruk kerana sblm ini dia mmg susah nk ke hospital. Nafas suami aku turun naik dengan laju seperti org yg sesak nafas. Aku panik. Aku terus lupa cara nak telefon ambulan. Aku tel adik ipar aku untuk mtk suaminya yakni seorg doktor untuk dtg. Malang sekali mereka berada di KL. Adik ipar aku mengajar aku cara utk menghubungi ambulan.. 999... Ya Allah.. kenapalah aku terlalu panik sehingga benda yang mudah begitu pun menjadi begitu sukar...
Air mata aku mula menitis ketika mendail no 999.. kata operator itu ambulan akan datang secepat mungkin. Aku jadi tak tentu arah. Aku siapkn baju suamiku, dan benda2 lain yg aku rasakan perlu dibawa ke hospital. Suami aku berpesan agar aku membawa ubat2 nya. Pintu rumah aku dah buka seluasnya untuk memudahkan ambulan masuk. 10 minit berlalu.. ambulan x kunjung tiba. Kakak ipar aku pun telefon bertanyakan adiknya. Dia kata dia otw ke umah aku dan andainya ambulan lambat, dia sendiri akn bawa adiknya ke hospital. Tak brapa lama selepas itu, ambulan pun tiba. Aku pun masuk ke dalam ambulan bersama suamiku. Itu adalah kali pertama aku menaiki kenderaan yang cukup memeritkan itu dan yang pasti aku tidak ingin menaikinya lagi...
Sampai sahaja aku di wad kecemasan hospital suamiku terus sahaja dibawa masuk ke wad separa kritikal.. Aku tidak dibenarkan masuk. Lemah lutut aku menunggu perkembangan suamiku. 15 minit kemudian kakak ipar ku sampai dahulu bersama anak sulungnya. Dia dan anaknya menemaniku dengan sabar. Membelikan aku makanan.. namun isteri manakah yang dapat menelan makanan setelah menelah kepahitan sperti ini....namun setelah dipaksa berulang kali, aku pun minum air oren dan buah jambu yang dibeli mereka.. Ya Allah.. tabahkanlah hati ku.....
Bersambung............
Posted by oops Aku! at 11:21 1 yang satu kepala ke tak satu kepala??
Labels: aku dan dia
Monday, 3 October 2011
Pre-Obese?? Arghh!!
ni aku nak citer pasal kesakitan di jiwa yang melanda... ujung minggu lepas aku kejer luar lerr.. ada satu karnival ni berlangsung so organisasi aku ni join lerr.. pastu kat karnival tu ada satu booth kesihatan.. dia check kita nyer BMI, tekanan darah dan sebagainya.. and my result... Pre-Obese!
sesuker jer kan... huhuhuhu.. tapi hakikatnya gitu lerr.. so aku terpana..tercabar dan pelbagai jenis 'ter' lagila.. sedih gilerr.. bertambah lagi semangat aku nak kuruskan badan..skg ni aku dah start kurangkan makan nasik.. posa jer tak start2 lagi.. maybe 2morrow nk start lerr..
So guys, i have to do something about my weight problem.. hmmm.. where to start?? kuatkan semangat!! yakin boleh!
Posted by oops Aku! at 16:16 1 yang satu kepala ke tak satu kepala??
Labels: Hanya aku
Wednesday, 28 September 2011
Diet & MY Future!!
Punca
Stress.. Arghh!! itu yang aku rasa skg ni.. bukan sebab apa..dah memandangkan badan ni lepas raya semakin mengembang, maka di sana sini orang bertanya adakah diriku MENGANDUNG?? wajarkah soalan itu?? huhuhuhuhu...
al kisahnya aku tau ler perut aku ni ala membuncit sikit memandangkan tahun lepas aku telah di'operate' dengan jayanya demi mengeluarkan anakku yang ku cintai bangat tu.. bila dah mengembang begini, potential perut tu mengembang juga bertambah positif. Maka timbullah isu untuk ditimbulkan oleh orang ramai berkenaan perut ku dan isu itu ternyata memberi kegirangan tahap melampau kepada mereka.. adakah??
pra-mesyuarat
maka aku dan member aku Cik M telah mengadakan satu pra mesyuarat tadi memikirkan pemasalahan aku yang sejak azali ni..hahaha.. kami pun duk telek perut aku, diameternya mmg agak mencurigakan, itu belum kira perimeter nya lagi. Maka kami pun berbincang apakah solusi terbaik untuk aku lakukan agar berat badan aku turun dengan jayanya.. antaranya..:
a) pakai korset
- ini pun masalah gak. aku ni dah malas sbnrnya pakai korset tu.. sbbnya waktu aku beli utk saiz badan M. Skg ni badan dah saiz L. Maka bila aku pakai akan nampak kurus tapi menyeksakan.. maka dengan minum setitik air jer pun akan menyeksakan badan ku..
(sebenarnya ini adalah alasan aku semata2 sbb malas nak pakai..tapi pasal saiz tu betul tau)
b)pakai losyen Mustajab Pati Halia
- ini pun masalah gak.. masalah kat aku sebenarnya. Produknya mmg berkesan. My sis penah cuba dua botol n perut dia mmg mengempis. Orang kata kena pakai 2,3 botol dulu baru nampak kesannya. Aku sebenarnya ari tu lepas pantang dah cuba sebotol. Lepas abis sebotol aku dah malas nak beli lagi.. dari sehari ke sehari nak beli tapi tak beli2 gak..akhirnya perut bertambah memboroi.. haruskah?? tapi ini one of d alternative yang aku rasa nak praktikkan semula.. jadi aku kira setuju la dengan cadangan ni.. Yea!!Yea!!
c) Protein Diet
- ini pun one of a good idea. Kita makan protein jer.. Say NO tu karbohidrat. Tapi tula, benda ni ada pro n kons nyer.. its true kalo kita makan protein jer akan turun cepat. Tapi kawan kepada kawan aku sampai kena consult doctor sbb dia nyer zat dah tak seimbang, karbo takde langsung. Lagi bahaya.. so diet ni nak wat leh tapi kena jejaga.. dont over do it!! so idea ni aku akan pikirkan dulu..KIV!!
d) Puasa
- ini mmg idea yang efektif gak ler..mcm bulan posa ari tu berat badan aku cecah 57.9kg.. the lightest that i can get since d day i gave birth to Daniel. Cuma aku kena lawan minda aku ketika berbuka posa..takut siang2 posa, tapi mlm melantak abis!!
So idea ni mmg bagus n aku akan teruskan!! Yea!!Yea!!
e) Jogging
- Cik M duk suh aku jogging. Member dia berjaya kuruskan berat sebanyak 5 kilo hasil dari senaman yang konsisten! bagus! mmg berkesan! yang tak bagusnya AKU! malas giler nak exercise. Walhal sebenarnya cara ni la paling efektif untuk turunkan berat badan..hmmmm..ntahla..aku ni hangat2 taik ayam jer bila senaman ni.. tapi will put this idea in KIV section.. hhahahaaaaa
Solusi
Apapun, i have to do something with my weight. Actually, waktu aku sblm akad nikah berat aku 52kg. Bila aku start mengandung dalam dua bulan jadi 55kg. Berat last aku waktu mengandung 70 kg. Then lepas pantang aku berjaya turunkan ke 64kg. Lepas tu aku try diet n diet, siap tak makan nasi maka turunla ke 60kg. Pastu aku duk umah sendiri balik aku dapatlah turun ke 58kg.. on off... bila sblm posa baru ni 57.9kg.. dah lama tak tgk figure 57 walhal 10g jer kurang dari 58kg..hehehehe.. lepas raya baru ni aku timbang 60.4kg.. then aku demam panas last week, siap sakit tekak tak leh telan makanan jadi ujung minggu baru ni aku timbang 58.4kg balik.. so adakah aku perlu demam n sakit tekak baru senang turun berat??
so.. I am 58.4kg now.. my aim is to get back at 52kg.. i need to get rid of dis 6kg of unwanted fat!! bolehkah?? tetiber aku semangat sangat ni nak kuruskan badan aku.. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sekiranya diri dia sendiri tidak mengubahnya.. so u go gurl!! aku tau aku leh buat..n aku akan buat!! No more heavy meals!! No more hanky panky!
Nanti aku dah kurus balik, lehla aku pakai baju kurung waktu aku anak dara dulu, lehla aku pakai sumer baju yang tak leh pakai tu.. actually 52kg tu pun berat lagi, aku rasa berat badan aku yang sedap2 adalah 48 to 50 kg... tapi apa kata aku cuba dapatkan 52kg dulu.. bukan cuba tapi KENA!! lepas ni takde dah org kata aku ngandung.. kang ngandung jer lebih tapi tak beranak2..pelik lak org sekeliling.. aku ni taknak la biar org keliling aku pelik..sian diorg..hahahaha.... lepas ni banyak la aku post pasal diet aku ni..hahahaha
Kambate!! Chayok!! yakin boleh..rakan muda!!
Go ibu Daniel!! u can do It!!
lalalalalalalalalalalalaalalalalallalalaalalala.. walau apapun hidup kena ceria selalu....!! :) cenyum citit semua..
Posted by oops Aku! at 09:55 3 yang satu kepala ke tak satu kepala??
Labels: Hanya aku
Tuesday, 13 September 2011
Assalamualaikum,
Dah lama giler tak menulis. Otak dan badan duk sibuk pikir raya jer sampai blog ni pun dah tak dijengah.. aduhai.. ni lepas raya sibuk plak settlekan kerja. yelaa..cuti dah seminggu lebih kan maka bykla kerja nak kena buat.. so pagi ni tak tau naper datang mood nak menulis. But still, i dunno what to write! Hmm... takpela..kang aku pk aku tulis balik nooo.. jangan mare haaaaaa!!
Posted by oops Aku! at 09:55 1 yang satu kepala ke tak satu kepala??
Labels: Hanya aku
Thursday, 18 August 2011
Seronoknyaa...Anak Ibu Blajar Nyanyi!!
Posted by oops Aku! at 13:59 0 yang satu kepala ke tak satu kepala??
Labels: Anak AKu