BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 9 February 2012

Dugaan Allah – Episod 3


Waduhhh... lama giler nak tunggu episode drama yang ketiga ni.. hihihi.. ala2 bz skit la gamaknya. Ni ada masa sket maka lehla menulis. Kekadang tu kat umah punya la banyak benda nak citer tapi last2 jadi mashammm ler citernya.. tapi yang wat aku nak nulis ni sbb ada adik kat opis ni yang tanya bila aku nak sambung citer drama swasta aku ni.. terharu la plak.. walaupun pembacanya ntah bapa org jer tapi kira bangga gak ler... huhuhu.. ok stret to ampang point k!!
--------------------------------^^^---------------------
........ tetiber aku dipanggil semula ke dalam bilik kecemasan separa kritikal tu. Aku tengok para doctor berkumpul di depan katil suamiku. Aku tanpa berlengah bagi satu beg yang berisi ubatan suamiku agar memudahkan para doctor untuk kaji medical history dia.. lepas tu doctor bagitau aku yang suamiku akan dihantar ke wad ICU dan dia suh aku tunggu di luar pintu yang mana pesakit akan dibawa ke ICU. Aku pun keluar dan bertanya pada guard di mana pintu nya. Kami sekeluarga keluar bersama-sama.. bapak suamiku tetiber lemah untuk berjalan, ada sesuatu yang dia katakan kepada kakak iparku yang memimpin tangannya. Aku tak tau apa yang dia katakan, namun apa yang aku tau kakak iparku memberikan respon yang sangat sedih dan terkejut akan kata-katanya. Aku pun tidak larat untuk meneka kerana hatiku sudah cukup terbeban dengan keadaan suamiku..
Aku pula terus menanti dengan resah di hadapan pintu kecemasan tersebut. Tetiber pintu dibuka dan kelihatan dua org medical assistant(MA) sedang menolak katil yang mana suamiku berada di atasnya dalam keadaan yang sangat lemah.. aku pun berlari anak mengejar suamiku.. tapi MA tersebut menyuruh aku pergi ke wad ICU menaiki lif pelawat. Dengan lemah aku menuruti kata2 mereka..
Sampai sahaja aku di Wad ICU tersebut aku tidak dibenarkan masuk. Guard ICU mengatakan yang aku kena tunggu dahulu kerana nurse sedang menyiapkan katil suamiku. Guard berbangsa india tersebut mengatakan yang doctor akan memanggilku apabila semua ready. Maka kami pun duduk beramai-ramai di bilik menunggu.. menunggu harapan yang x pasti...
Kebetulan suami adikku merupakan seorang doktor di  Hospital Serdang. Dengan menggunakan kad pengenalan doktornya dia meminta kebenaran kepada guard utk masuk. Alhamdulillah guard tersebut mengizinkan.. dari jauh aku berharap yang birasku itu dapat 'mengintai' keadaan suamiku itu.. dan aku pula terus menunggu..
Di bilik menunggu tersebut, parent suamiku tidak berhenti berzikir dan bermohon doa kepada Allah swt. Aku pula geram kerana aku tidak dapat bersolat kerana aku dalam hari terakhir uzurku.. aku hanya mampu berdoa di dalam hati.. Ya Allah.. selamatkanlah suamiku..
Tiba-tiba...
Aku dipanggil masuk ke dalam wad ICU oleh birasku.. aku bergegas masuk.. aku lihat suamiku lemah sangat.. doktor menerangkan apa yang terjadi pada suamiku sambil didengari oleh birasku. Ada jargon sains yang aku kurang jelas namun ada juga yang aku fahami. Namun apa yang aku tahu, suamiku perlu dicabut giginya kerana gigi kapaknya itu menjadi punca kerana telah bernanah tanpa dia sedari.. semua ini gara2 kencing manisnya yang tidak terkawal.. nurse menyuruh aku meninggalkan no telefon utk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.. setelah selesai, aku pun pergi menjenguk suamiku dengan senyuman yang manis ku ukir tidak selari dengan hatiku yang tersenyum pahit. Aku tidak mahu menambah kesedihan suamiku sekiranya aku bersedih.. suamiku pula membalas dengan senyuman yang cukup manis buat ku tika itu.... Ya Allah, janganla Kau hilangkan senyuman itu dari wajahnya...
Bersambung lagi....
  

0 yang satu kepala ke tak satu kepala??: